Friday, August 22, 2014

INFO SIHAT: Kebaikan air kosong

Assalamualaikum geng. Siapa tak risau jika baju semakin 'mengecut'? seluar makin ketat? matahari makin panaskah? Lebih lagi bila tiba musim perayaan, memang salah diorang siapa suruh adakan 'openhouse'?

Bile tengok perut, yang sixpack sudah menjadi onepack. Bila duduk, rumah teres sudah bertukar apartment bertingkat-tingkat. Siapa punya angkara ni? Salah siapa ni?

Ceh, citer orang lebih..apepon Adinda juge terkena penyakit yang sama. Bila fikirkan, risau juge tatkala melihat pesakit-pesakit yang pernah 'merase' bahananya bile tak jaga kesihatan ni.

Gali punye gali, banyak puncanya kegemukan boleh berlaku. Antaranya ;
* Kurang minum air
* Kurang bersenam
* Makan makanan berlemak melebihi yang sepatutnya diperlukan
* Minum ais selepas makan makanan berlemak
* Gemar tidur lewat
* Gemar bangun lewat


Info :
# Badan memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.
# Sukatan terbaik ialah 1liter setiap 20kg berat badan anda.
# Pastikan banyak minum air kosong kerana air kosong mendorong kepada dialisis semulajadi.
# Dialisis semulajadi = Darah dicuci dan buah pinggang dibersihkan.
# Dialisis dilaksanakan dengan membuang air kecil atau besar
# Setiapkali membuang air, lemak akan turut keluar sebanyak 0.01% kg.

Nampak sedikit bukan? Sekurang-kurangnya ia dikeluarkan secara semulajadi tanpa perlu kepada senaman atau aktiviti yang lebih berat dan menyakitkan.

Selamat mencuba.. ^_^

No comments:

Post a Comment