Tuesday, October 14, 2014

Sahkah Takbiratul-Ihram anda?


Rukun ke-3: Takbiratul-Ihram

Setelah kita berniat dan berdiri betul yang membawa simbolik kita benar-benar telah bersedia untuk mendirikan solat, seharusnya kita juga telah bersedia memisahkan perlakuan yang bukan hal-hal solat kepada fokus memulakan ingatan kita hanya kepada Allah semata-mata.

Pengharaman ini dinamakan Takbiratul-Ihram. Sedari inilah kita diharamkan untuk bergerak lebih dari 3 kali atau juga lalai memandang ke arah-arah lain. Perlakuan ini adalah salah satu rukun yang mesti dilaksanakan dalam pensyariatan solat daripada Rasulullah SAW. Bagaimanakah tatacara yang betul akan perlakuan ini?

Friday, October 10, 2014

Berdiri Betul itu Rukun?

RUKUN KEDUA: Berdiri betul.

Tidak dinafikan, setelah niat, berdiri betul adalah rukun seterusnya dalam pelaksanaan ibadah solat ini. Pada hakikatnya, NIAT dan Berdiri Betul ini lazimnya dilakukan serentak. Pesan Baginda SAW:


صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي

"Solatlah kamu sekelian sebagaimana kamu melihat aku bersolat."

Adalah kita tidak membincangkan kedudukan rukun di tempat ke berapa, sewajarnya hanya mendedahkan pensyariatan sesuatu rukun sahaja. Adapun riwayat yang masyhur meletakkan BERDIRI BETUL sebagai rukun yang kedua.

Pernahkah kita bertanya diri atau guru, Adakah berdiri betul itu rukun? Apa dalilnya? Adakah tidak sah solat tanpa berdiri?


Sunday, September 28, 2014

FAKTA PERUT BUNCIT..


Anda berperut buncit? Perut buncit tanda anda sudah berkahwin? Tanda anda penyayang?
Memang sah anda telah dimomokkan kebanyakan orang yang 'tidak suka' perut buncit. Adakah anda suka berperut buncit? Saya sangat tidak suka. ^_^

Suka atau tidak, jika ianya telah berlaku kepada anda..mahu tidak mahu anda ter'paksa' suka berperut buncit bukan? Tahukah anda berapa ramai orang yang fobia dengan perut buncit? Lebih membimbangkan sehingga ada yang sanggup berhabis untuk mengekalkan perut yang kempis dan menawan.

Lebih menakutkan ada antara mereka yang telah kembali ke rahmatullah kerana mengambil ubat kurus yang beracun semata-mata untuk kurus. Suka saya katakan, BUNCIT ITU BUKAN TANDA ANDA PENYAYANG, ITU TANDA ANDA BERPENYAKIT!

Kedengaran menakutkan? teruskan membaca..