Monday, September 22, 2014

Muara Bagan Datoh


Assalamualaikum wbt. Sempena cuti pertengahan penggal persekolahan lalu(pertengahan september), kami telah bercuti di sebuah kompleks pelancongan dan homestay di Muara Bagan Datoh, Perak darul ridzuan.

Pelan asal untuk ke Sg.Tekala digantikan dengan trip ke sini. Tujuan asalnya adalah mengadakan sebuah program motivasi bersama rumah amal dan anak yatim. Perjalanan menaiki bas dari bandar Banting mengambil masa lebih kurang 4-5 jam perjalanan jalan biasa. Maksudnya melalui klang-kuala Selangor-Sabak Bernam- Telok Intan hinggalah ke lokasi.

Kompleks pelancongan ini rupanya memang jarang digunakan. Apa yang kami lihat ianya mempunyai bangunan kanan dan kiri yang mana dibahagian tengahnya ruangan besar berbumbung yang mempunyai sebuah pentas agak besar. Bangunan kanan mempunyai hall bawah dan atas(agak luas) dan tandas di bawah sahaja+sebuah stor kosong. Manakala bangunan kiri pula blok kedai-kedai atas bawah dan juga surau lelaki dan perempuan serta tandas 3pintu. 

Pada hemat saya, ianya tidak sesuai untuk kem kerana ia tidak mempunyai dorm, dapur dan bilangan tandas yang sedikit(masalah air boleh berlaku). Apapun, kami berusaha untuk menjayakan juga program ini hingga tamat.

Bahagian hadapan kompleks ini agak memukau dengan pemandangan sungai yang sangat dekat. Pada hari kedua, kami dibawa menaiki bot ke sebuah pantai berdekatan iaitu Pantai Betin(memang tiada G).


Perjalanan ke Betin melalui ladang kelapa sawit(20minit)

Di sini tempat bertabalnya raja-raja Perak memijak tanah. Diorang kata tempat ni 'keras'.

kami memulakan misi 'menjala' di sini

Jeti yang agak panjang menuju ke tepian pantai Betin.

Inilah tepian pesisir pantai Betin. Penuh kayu mati dan kulit kepah serta kerang.



Inilah aktiviti kami di sini, tapi ikan duri juga yang 'sangkut' :(

Keadaan pasir di sini agak berselut. Penat saya berjalan dalam selut hampir ke paha dalamnya. Agak menarik kerana kepah yang kami cari hampir setong banyaknya. Jom datang sini! ^_^


No comments:

Post a Comment