Sunday, September 28, 2014

FAKTA PERUT BUNCIT..


Anda berperut buncit? Perut buncit tanda anda sudah berkahwin? Tanda anda penyayang?
Memang sah anda telah dimomokkan kebanyakan orang yang 'tidak suka' perut buncit. Adakah anda suka berperut buncit? Saya sangat tidak suka. ^_^

Suka atau tidak, jika ianya telah berlaku kepada anda..mahu tidak mahu anda ter'paksa' suka berperut buncit bukan? Tahukah anda berapa ramai orang yang fobia dengan perut buncit? Lebih membimbangkan sehingga ada yang sanggup berhabis untuk mengekalkan perut yang kempis dan menawan.

Lebih menakutkan ada antara mereka yang telah kembali ke rahmatullah kerana mengambil ubat kurus yang beracun semata-mata untuk kurus. Suka saya katakan, BUNCIT ITU BUKAN TANDA ANDA PENYAYANG, ITU TANDA ANDA BERPENYAKIT!

Kedengaran menakutkan? teruskan membaca..
[2 JENIS PERUT BUNCIT]

Kebanyakan orang tidak sedar bahwa perut buncit itu terdiri dari dua jenis lemak. Untuk menentukan jenisnya, Anda cukup menekannya dengan jari. Letakkan tangan Anda di perut dan tekan. Apakah rasanya lunak sepertimarshmallow atau keras seperti wanita hamil?
1> Perut buncit yang lunak kebanyakan mengandung lemak yang disebut subcutaneous-lemak yang berada di bawah kulit atau di atas jaringan otot. Itulah alasan mengapa perut Anda terasa lunak. 

2> Sedangkan perut buncit yang keras biasanya terdiri dari lemak visceral, yaitu lemak yang berada di antara otot dan organ. “Sel lemak ini mendorong dinding abdominal ke arah luar,” jelas Anthony Spataro, Ph.D, dari New Mexico Department of Health.

[PUNCA PERUT BUNCIT]

1. Mengambil makanan berlemak secara berlebihan
Apa menu anda hari ini? Sup ekor?kfc?. Tidak hairanlah jika perut anda buncit. Makanan berlemak sebenarnya hanya boleh diambil dalam jumlah yang diperlukan sahaja. Anda bertanya mengapa perut penuh lemak sedangkan anda sendiri mengambil lemak sebagai hidangan 'wajib' setiapkali makan. Jadi, mulalah kurangkan makanan berlemak ye.

2. Kurang minum air kosong
Ada orang bergaduh berapa gelas air yang sebenarnya perlu diminum setiap hari. Ada kata 8 gelas dan ada yang kata kurang dari itu. Anda sendiri, berapa?

Apa perlunya anda minum banyak air? Sebenarnya ia membantu buah pinggang untuk mendialisis lebih kerap. Ini membantu membuang lemak dan gula berlebihan dalam darah.

3. Makan banyak kerja kurang
Ini juga fakta. Saya sendiri mengalaminya. Pengambilan makanan yang banyak jika tidak dibakar akan mengumpulkan makanan menjadi gula yang bakal terkumpul di perut anda. Bukan bakar dengan api, cukup anda keluarkan peluh walau hanya berjalan kaki. Belajar-belajarlah bersenam ..

4. Kurang memakan makanan berserat
Apa yang pernah saya pelajari, lemak viseral atau tepu tidak akan terbakar atau berkurang hanya dengan minum air dan bersenam sahaja. Memakan makanan berserat adalah sangat tepat untuk membuangnya. So, mungkin oat dapat membantu..

5. Banyak makanan berperisa
Akhir sekali, hindarkanlah makanan berperisa. Ini kajian dari pakar diet yang telah berjaya. Pakar silat juga selalu mengamalkannya. Ia dinamakan 'memutih'. Seperti orang yang akan menjalani pembedahan.

Menurut kajian, serbuk perisa ini bakal me'letup'kan perut anda dengan gas yang terkumpul hasil dari memakannya.
Satu lagi saya terlupa, roti putih juga sebenarnya penyumbang kepada perut buncit ini. Jadi wahai penggemar roti, bertukarlah kepada roti gandum yang lebih sihat ya..

1 comment:

  1. What is the casino? - SEPT
    The best casino online is the goyangfc One of the septcasino main wooricasinos.info reasons why people are spending money on a microtouch solo titanium game 바카라 사이트 is by having a few options. One of the reasons

    ReplyDelete