Saturday, September 27, 2014

Buang Tebiat!


Bismillahir-Rahmanir-Rahim. Anda tahu? 
Buang tebiat adalah ungkapan orang lama yang sangat sinonim dalam kehidupan kita. Beza sudah pemahaman orang sekarang dan orang lama. Jika dulu, basikal digunakan sebagai keperluan pengangkutan, kini ia digunakan sebagai 'pengeluar' peluh. Jika dahulu berkain singkat kerana miskin, kini ianya fesyen yang amat dibanggakan. Beza bukan?

Bercakap bab TEBIAT atau TABIAT(maksud yang sama), berapa ramai orang tahu memikirkannya mengikut definasi sebenar? 

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 6:
2:6
Maksudnya: Sesungguhnya Orang-orang Kafir (ingkar) itu sama sahaja samaada engkau beri peringatan atau tidak, mereka tidak akan beriman.

Dari satu sudut, soalan yang kita mungkin akan tanya, kenapa? bukankah ada orang kafir yang beriman(muallaf)? Bukankah ada sahaja kafir yang islam kerana seruan rasulullah? bahkan ada yang hanya melihat sendiri buruk baiknya islam dan beriman dengan sendiri?

Jawapannya hanya satu, TABIAT. Si kafir akan islam jika Ubah Tabiat. Si Malas akan rajin jika Ubah Tabiat. Si Miskin akan kaya jika Ubah Tabiat serta banyak lagi contoh.

Tabiat dalam kamus dewan bermaksud Sifat batin yang mempengaruhi fikiran atau tindakan serta perbuatan yang sering dilakukan. TABIAT sebenarnya sesuatu kebiasaan yang dilakukan tanpa berfikir lagi(mengikut sahaja).

Jadi, apa masalahnya dengan TABIAT? adakah anda berfikir begitu? Anda kurang bijak..

APA PENTINGNYA MENGKAJI TABIAT?

Ketika tentera Amerika menawan Iraq suatu masa dahulu, mereka berdepan dengan ribuan penunjuk perasaan yang berkampung di hadapan mereka. Adakalanya mereka(penunjuk perasaan) tenang, sesekali pula mereka merusuh.  Akhirnya mereka (tentera) bersetuju untuk mengkaji tabiat penunjuk perasaan tersebut.

Apa yang mereka perolehi? Mereka mendapati penunjuk perasaan akan sentiasa bertenang sehinggalah datangnya seorang penjual kacang. Setelah penjual kacang tersebut beredar, penunjuk perasaan akan mula merusuh setiapkali. Maka tahulah mereka bahawa kelaparan akan menyebabkan penunjuk perasaan bertenang dan tidak merusuh.

Keesokan harinya, para tentera berkawal di setiap penjuru dan melarang setiap penjual makanan untuk masuk ke dalam kumpulan penunjuk perasaan tersebut. Hasilnya? Perusuh tidak merusuh dan demonstrasi berakhir.

Nampak contoh ini? Faham apa saya maksudkan? 

Untuk akhirnya, JIKA SEHINGGA HARI INI ANDA MASIH TEPU DI TAKUK LAMA, UBAHLAH SIKAP ANDA..

Ade kemusykilan? Komen plz..



No comments:

Post a Comment