Friday, October 10, 2014

Berdiri Betul itu Rukun?

RUKUN KEDUA: Berdiri betul.

Tidak dinafikan, setelah niat, berdiri betul adalah rukun seterusnya dalam pelaksanaan ibadah solat ini. Pada hakikatnya, NIAT dan Berdiri Betul ini lazimnya dilakukan serentak. Pesan Baginda SAW:


صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي

"Solatlah kamu sekelian sebagaimana kamu melihat aku bersolat."

Adalah kita tidak membincangkan kedudukan rukun di tempat ke berapa, sewajarnya hanya mendedahkan pensyariatan sesuatu rukun sahaja. Adapun riwayat yang masyhur meletakkan BERDIRI BETUL sebagai rukun yang kedua.

Pernahkah kita bertanya diri atau guru, Adakah berdiri betul itu rukun? Apa dalilnya? Adakah tidak sah solat tanpa berdiri?


ADAKAH BERDIRI BETUL ITU RUKUN?

Ya. Berdiri semasa solat fardhu itu adalah termasuk rukun solat. Al-Imam Nawawi rh(ulama syafie yang masyhur) mengatakan ijma'(majoriti) Ulama berpendapat berdiri adalah salah satu rukun dalam solat dan tiada solat tanpanya [Al-Majmu 3/236].

Bagi mereka yang tidak mempunyai keuzuran atau sakit, wajib melakukan solat berdiri dan jika tidak berdiri dengan sengaja, maka solatnya tidak sah.

APA DALILNYA?

Di dalam sebuah hadits sahih riwayat Al-imam Al-Bukhari disebutkan:

عن عمران إبن حسين رضي الله عنه قال: كانت بي بواسير فسألتُ النبي صلى الله عليه وسلم عن الصلاةِ, 
فقال : صل قائمًا فَإن لم تستطع فقائِدًا  فَإن لم تستطع فعلى جنبٍ 

Dari 'Imran Ibn Husain ra telah berkata: "Aku menghidapi buasir lalu bertanya kepada Nabi SAW tentang solat.
Baginda menjawab: " Solatlah berdiri, jika tidak mampu lakukan secara duduk, jika juga tidak mampu lakukanlah mengiring."

Sebagai tambahan, mari kita perhatikan bagaimana dalil-dalil Al-quran juga banyak menggunakan kalimah 'Dirikanlah' sebagai kata kerja perlaksanaan ibadah solat ini. Antara contoh yang kami nukilkan dalam surah An-Nur: 24, ayat 56 ini,:

24:56

56. Dan dirikanlah solat serta keluarkanlah zakat serta taatlah kamu semua kepada Rasul Allah, supaya kamu beroleh rahmat.

Penggunaan kalimah 'dirikanlah' ini jelas membuktikan bahawa kefardhuan solat wajib dilakukan dengan keadaan berdiri , tidak boleh tidak menguatkan dalil bahawa tidak sah solat tanpa berdiri.

ADAKAH TIDAK SAH SOLAT TANPA BERDIRI?

YA. Tidak sah solat tanpa berdiri bagi solat fardhu(termasuk solat jumaat). Tidak terkecuali bagi orang yang sihat mahupun sakit(yang masih mampu berdiri sebentar)pada permulaan solat.

Adapun percanggahan ulama dalam bab berdiri pada solat SUNAT, diperakui ia tiada sunnahnya. Juga tidak dilarang. Hanya difatwakan bahawa dibenarkan untuk solat duduk (sekalipun tanpa keuzuran)akan tetapi pahalanya adalah separuh daripada solat berdiri. Wallahu-a'lam

***Kami tidak membincangkan rukun dari aspek pandangan mazhab, hanya mengemukakan dalil sahih penganjuran rukun tersebut semata-mata. Harap maklum.

إن صلى قائما فهو أفضل ومن صلى قاعدا فله نصف أجر القائم ومن صلى نائما 


فَلَهُ نِصْفُ أجر القاعد

“Barangsiapa yang shalat dengan berdiri, maka hal itu lebih baik. Orang yang mengerjakan shalat sambil duduk mendapatkan setengah pahala orang yang mengerjakannya sambil berdiri. Orang yang mengerjakan shalat sambil berbaring mendapatkan setengah pahala orang yang mengerjakannya sambil duduk"  
[HR. Bukhari no. 1064].


Rujukan:
http://hafizfirdaus.com/
Al-Quran Al-Karim:24:56
SAHIH AL-BUKHARI
http://fekah.blogspot.de/
http://abul-jauzaa.blogspot.de/

No comments:

Post a Comment