Tuesday, October 14, 2014

Sahkah Takbiratul-Ihram anda?


Rukun ke-3: Takbiratul-Ihram

Setelah kita berniat dan berdiri betul yang membawa simbolik kita benar-benar telah bersedia untuk mendirikan solat, seharusnya kita juga telah bersedia memisahkan perlakuan yang bukan hal-hal solat kepada fokus memulakan ingatan kita hanya kepada Allah semata-mata.

Pengharaman ini dinamakan Takbiratul-Ihram. Sedari inilah kita diharamkan untuk bergerak lebih dari 3 kali atau juga lalai memandang ke arah-arah lain. Perlakuan ini adalah salah satu rukun yang mesti dilaksanakan dalam pensyariatan solat daripada Rasulullah SAW. Bagaimanakah tatacara yang betul akan perlakuan ini?

Adakah Takbiratul-ihram itu RUKUN?Apa dalilnya?


Ya. Nabi SAW memulakan solat dengan mengangkat takbir dan mengucapkan :ALLAHU-AKBAR setelah berniat dan berdiri betul. Ianya dirakamkan dari baginda sendiri dan qaul para sahabat yang solat bersama-sama Rasulullah SAW ketika itu.

Sabda Rasulullah SAW(dengan darjat;Hasan) :

مفتاح الصلاة الطهور وتحريمها التكبير وتحليلها التسليم

"Kunci solat itu BERSUCI, peng'haram'annya ialah TAKBIR dan peng'halal'annya adalah SALAM."
[HR. Abu Dawud no. 61, Asy-Syafi’i dalam Al-Umm 1/87, At-Tirmidzi no. 3 dan lain-lain]

Sabda baginda SAW lagi (sahih):

إنه لا تتم صلاة لأحد من الناس حتى يتوضأ، فيضع الوضوء مواضعه ثم يقول :‏ اَللهُ أَكْبَرُ

"Sesungguhnya tidaklah sempurna solat salah seorang di antara manusia sehingga ia berwudhu' dan meletakkan wudhu' tersebut pada tempatnya (yaitu pada anggota badan yang wajib terkena air wudhu'), lalu berkata : Allaahu Akbar."
[HR. Thabarani dalam Al-Kabiir no. 4526; shahih].

Bagaimana kedudukan tangan ketika Takbiratul-ihram?

Di sini kami menegaskan bahawa kami tidak membincangkan pendapat mazhab dalam penentuan hukum tatacara solat. Maka kami menolak untuk membincangkan syariat mengangkat tangan atau tidak mengangkatnya.

Di sini kami membawakan qaul sahabat yang menyokong penuh sahih akan pensyariatan takbir baginda dengan mengangkat kedua tangannya.

Apa yang menjadi pilihan adalah bila masanya perlu mengangkat kedua tangan ketika takbir. 

1. Rasulullah SAW mengangkat kedua tangan serentak takbir.

أن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال: رأيت النبي صلى الله عليه وسلم 

افتتح التكبير في الصلاة، فرفع يديه حين يكبر، حتى يجعلهما حذو منكبيه

Bahwasannya ‘Abdullah bin ‘Umar r.a berkata : “Aku melihat Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam memulakan solat dengan takbir. Maka beliau mengangkat kedua tangannya serentak takbir setinggi kedua bahunya” [HR. Al-Bukhari no. 705]. 

2. Rasulullah SAW mengangkat kedua tangan sebelum takbir.

أن بن عمر قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قام للصلاة رفع يديه 

حتى تكونا حذو منكبيه ثم كبر

Bahwasannya Ibnu ‘Umar r.a berkata : Adalah Rasulullahshallallaahu ‘alaihi wasallam apabila berdiri untuk solat, maka beliau mengangkat kedua tangannya setinggi kedua bahunya, kemudian beliau bertakbir” [HR. Muslim no. 390].

2. Rasulullah SAW mengangkat kedua tangan selepas takbir.

عن أبي قلابة أنه رأى مالك بن الحويرث إذا صلى كبر ثم رفع يديه وإذا أراد أن 

يركع رفع يديه وإذا رفع رأسه من الركوع رفع يديه وحدث أن رسول الله صلى 

الله عليه وسلم كان يفعل هكذا

Dari Abu Qilabah : “Bahwasannya ia melihat Malik bin Al-Huwairits apabila ia melakukan solat, maka ia bertakbir kemudian mengangkat kedua tangannya. Dan apabila ia hendak rukuk, maka ia mengangkat kedua tangannya. Apabila ia mengangkat kepalanya dari rukuk (i’tidal), maka ia mengangkat kedua tangannya. Ia mengatakan bahwasannya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam melakukan demikian (dalam solat)” [HR. Al-Bukhari no. 704 dan Muslim no. 391].

No comments:

Post a Comment