Wednesday, September 24, 2014

Tahu tentang SPT?


Assalamualaikum warahmatullah. Baru-baru ini saya terlibat dengan satu pertubuhan baru(halal ye) yang baru sahaja ditubuhkan di daerah Kuala Langat, Selangor. Ia didaftarkan dengan nama SPT.

APA ITU SPT?

SPT ialah singkatan nama bagi Sekretariat Pengajian Tinggi. Namanya agak janggal bagi kebanyakan kita tetapi bagi seniman dan pengalun puisi pasti terbayang jelas akan makna nama tersebut. Maaf, saya tidak sempat untuk mendapatkan logo berdaftar untuk pertubuhan ini. Apapun ianya sedang giat berkembang di daerah ini. Adapun di daerah lain, saya tidak pasti samaada ada atau tidak.

APA FUNGSI SPT? 

SPT berfungsi sebagai HUB KERJASAMA di antara pusat-pusat pengajian tinggi yang diketahui berada di seluruh daerah Kuala Langat. Dalam bahasa mudahnya, SPT akan merangka program-program yang akan mengumpulkan peserta daripada semua IPTA/S ini dan secara tidak langsung semua IPTA/S dapat berkolaborasi atau bekerjasama menjayakan program yang dirancang. Dengan itu juga SPT akan bekerjasama dalam merancang, mencari peserta sehinggalah kepada perlaksanaan program hingga tamat.

APAKAH PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN?

Diantara program ulung yang telah dilaksanakan ialah :

1) KEM ASPIRASI MAHASISWA
  

2) BENGKEL PENGUCAPAN AWAM


3. PERTANDINGAN PIDATO PATRIOTIK dll.

SIAPA YANG TERLIBAT?

Antara IPTA/S yang terlibat dalam kolaborasi bersama SPT ini ialah:
1. Tingkatan 6 sekolah-sekolah
2. Kolej Komuniti
3. Kolej Mara Banting
4. IKBN
5. Politeknik K.Langat
6. Kolej Matrikulasi K.Langat
7. Kolej MCS

Saya berpendapat program ini sangat baik dalam tujuan memesrakan IPT dengan komuniti masyarakat dalam daerah tersebut. Apa yang saya harapkan, biarlah ia menjadi Hub yang alami dari unsur-unsur prejudis, berat sebelah atau juga negatif yang berterusan. ^_^ 

No comments:

Post a Comment