Sunday, September 28, 2014

Wajibnya Niat



Saya mula terdetik dalam hati untuk mencari dalil perlakuan, pengucapan dan pembacaan dalam solat setelah terdengar satu ceramah yang mempersoalkan apakah solat kita 'sama' seperti solat yang dilakukan Nabi SAW.

Bagaimana penceramah menekankan solat yang diterima Allah SWT hanyalah solat yang 'sama' seperti yang dilakukan baginda SAW. Solat yang berpahala dan sangat dekat dengan sifat 'hamba'nya manusia kepada Allah SWT.

Saya terfikir apakah dalilnya yang menyokong setiap rukun solat yang kita kerjakan selama ini? Jika penceramah bertanya saya, memang sukar untuk saya mengemukakan dalilnya kerana kebanyakan kita sememangnya mengerjakan solat hanya seperti yang diajarkan oleh para guru rahimahullah kita tanpa memastikan apakah ianya seperti yang dilakukan oleh baginda SAW.

Oleh kerana kesedaran itu, lalu saya berusaha mencari dan akan mengumpulkannya di blog ini, insya-Allah.
Mudah-mudahan ianya bermanfaat bagi semua muslim dalam mencari kesempurnaan sebenar ibadah solat ini.

RUKUN PERTAMA: Niat.


1. Benarkah Solat itu dimulakan dengan Niat?

BENAR. Dalam hasil kajian saya, memang tiada dalil yang spesifik merujuk kepada Niat dalam solat. Apa yang menjadi pegangan ialah Hadits bertaraf SAHIH yang disabdakan baginda ketika peristiwa HIJRAH umat islam :
سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَلَى الْمِنْبَرِ

قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى.

Aku mendengar Umar bin Khattab berkata di atas mimbar:
“Aku mendengar Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Tiap-tiap amal perbuatan tidak lain adalah berdasarkan niat
dan balasan bagi setiap amal manusia sesuai dengan apa yang diniatkan….”

Hadits ini menguatkan pendirian saya yang mengatakan setiap ibadah akan berpahala jika ia dimulakan dengan NIAT. Ringkasnya, Solat itu Ibadah. Ibadah itu perlu dimulakan dengan NIAT.

Untuk keSAHIHan hadits ini anda tidak perlu khawatir kerana ianya benar-benar diabadikan dalam banyak kitab hadits sahih yang masyhur. Antara yang saya semak sendiri ialah kitab SAHIH BUKHARI, Imam Abu Daud dan kitab HADITS 40 karangan Imam An-Nawawi rahimahullah (sila rujuk sendiri).

2. Sahkah Niat tanpa dilafazkan?

SAH. Saya juga tidak menemui apa-apa dalil khusus tentang hal ini. Akan tetapi persoalan ini banyak dibincangkan oleh para sahabat r.anhum dan ulama-ulama terdahulu. Diantara Qaul sahih yang saya perolehi dalam satu hadits yang diriwayatkan Ibn Umar r.a yang maksudnya:
Adalah Rasulullah apabila telah berdiri untuk bersolat, beliau mengangkat kedua tangannya, kemudian baru bertakbir.” [Shahih Muslim]

Saya juga menemui perbincangan ini dalam banyak kitab(antaranya hadits 40-Imam Nawawi) dan para ulama ini mengklasifikasikan NIAT ini kepada beberapa tingkatan. 

Ringkasnya, NIAT itu dari HATI dan NIAT yang tidak disertakan dengan keinginan yang kuat dan tindakan menuju ke arah apa yang diniatkan, ianya belum dikira berpahala.

Sebagai contoh mudah, seseorang yang berniat untuk solat tetapi belum berwuduk dan membentang sejadah(contoh sahaja), belum dikira mendapat pahala solat.

Cukup setakat ini. Sebarang penambahan ilmu untuk dikongsi, bolehlah disertakan di ruangan komen di bawah. Mudah-mudahan kita sama-sama beroleh rahmat atas perkongsian tersebut. Wassalam.

***Kami tidak membincangkan rukun dari aspek mazhab, hanya mengemukakan dalil sahih penganjuran rukun tersebut semata-mata. Harap maklum.



Rujukan:
Kitab SAHIH AL-BUKHARI
kitab SAHIH MUSLIM
http://ms.wikibooks.org/
HADITS 40

No comments:

Post a Comment